Kembali
Sistem Kami

Terma & Syarat

Dikemas kini: 3 November 2026. Terma ini terpakai kepada Kad Kahwin Digital dan Album Digital Majlis (Moment) oleh Sistem Kami (SK DIGITAL SOLUTIONS). Dengan membuat pembelian, anda bersetuju dengan terma berikut.

1. Produk

1.1 Kad Kahwin Digital ialah kad jemputan dalam bentuk laman web untuk majlis perkahwinan dan majlis berkaitan (cth. akad nikah, sanding, bertandang, tunang) serta majlis dinner.

1.2 Album Digital Majlis (Moment) ialah galeri tempat tetamu mengimbas kod QR dan berkongsi gambar dan video. Ia boleh digunakan untuk sebarang majlis: perkahwinan, dinner, majlis syarikat, hari jadi, reunion atau acara lain.

1.3 Kedua-duanya ialah produk digital yang dicapai melalui pautan web. Tiada barang fizikal dihantar.

1.4 Ciri setiap pakej (Standard / Premium) adalah seperti yang dipaparkan di halaman Pakej & harga semasa pembelian.

2. Harga & bayaran

2.1 Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM), sekali bayar.

2.2 Harga promosi dan kod kupon tertakluk kepada tempoh, slot dan had penggunaan, dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa tanpa notis. Kod kupon hanya mengurangkan harga pakej, bukan harga tambahan (add-on).

2.3 Pesanan disahkan hanya selepas bayaran berjaya diterima melalui Stripe.

3. Tempoh aktif

3.1 Kad dan album dibuka selama 30 hari (Standard) atau 90 hari (Premium) selepas tarikh majlis. Jika ada lebih daripada satu majlis atau sesi, tempoh dikira dari tarikh yang terakhir. Tempoh boleh dipanjangkan dengan tambahan Simpan album.

3.2 Selepas tempoh tamat, kad dan album ditutup, dan gambar, video serta ucapan di dalamnya dipadam dan tidak boleh dipulihkan.

3.3 Kami akan cuba menghantar peringatan WhatsApp sebelum album ditutup. Namun, anda bertanggungjawab memuat turun (ZIP) semua gambar dan video sebelum tarikh tutup.

3.4 Selepas kad ditutup, pautan (link) kad boleh digunakan oleh pelanggan lain.

4. Tiada pemulangan wang (refund)

4.1 Kerana kad dan album diserahkan dan boleh digunakan sebaik sahaja bayaran diterima, semua bayaran adalah muktamad dan tidak dikembalikan, termasuk jika majlis ditangguh atau dibatalkan.

4.2 Jika bayaran anda dicaj dua kali kerana ralat sistem, caj berganda itu akan dikembalikan.

4.3 Jika tarikh majlis berubah, anda boleh mengemas kini tarikh sendiri di kad atau album.

5. Kandungan anda

5.1 Anda bertanggungjawab atas semua maklumat, gambar, muzik dan teks yang dimasukkan, termasuk ejaan nama, tarikh, masa dan lokasi. Sila semak sebelum berkongsi pautan. Kami tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat yang dimasukkan oleh pelanggan.

5.2 Kandungan yang menyalahi undang-undang, lucah, berunsur kebencian atau melanggar hak cipta orang lain tidak dibenarkan. Kami berhak menutup kad atau album tersebut tanpa bayaran balik.

5.3 Gambar dan video yang dimuat naik oleh tetamu ke album adalah di bawah tanggungjawab pemilik album, yang boleh menyembunyikan atau memadam mana-mana muat naik.

6. Tambahan (add-on)

6.1 Tambahan boleh dibeli semasa tempahan atau selepas itu, selagi ia masih ditawarkan, dan aktif selepas bayaran diterima.

6.2 Had gambar dan video adalah mengikut pakej dan tambahan yang dibeli. Muat naik berhenti apabila had dicapai.

6.3 Custom Warna disiapkan secara manual dalam 3 hari bekerja selepas pilihan warna dihantar, dan termasuk 1 kali pertukaran sahaja.

7. Privasi

7.1 Nama, email dan nombor telefon anda digunakan untuk urusan pesanan, bantuan dan peringatan sahaja, dan tidak dijual kepada pihak lain. Lihat Dasar Privasi.

7.2 Kad dan album boleh dibuka oleh sesiapa yang mempunyai pautannya. Gunakan kata laluan album jika mahu menghadkan akses.

8. Perkhidmatan

8.1 Kami berusaha memastikan kad dan album boleh dibuka 24 jam, tetapi gangguan sementara (penyelenggaraan, rangkaian atau pihak ketiga) mungkin berlaku.

8.2 Liabiliti kami terhad kepada jumlah yang dibayar untuk pesanan tersebut.

9. Pindaan

Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Terma yang terpakai ialah versi semasa anda membuat pembelian.

10. Hubungi kami

WhatsApp 011-2406 9291 atau email salessistemkami@gmail.com.